Tanjung Sepat atau lebih dikenali sebagai Pantai Sepat merupakan sebuah kampung Melayu biasa yang terletak kira-kira 10km dari Kuantan dan terletak di selatan bandar diraja Pekan. Dari Kuantan, ia oleh dicapai melalui Jalan Abu Bakar 183 dan merupakan satu cara alternatif untuk ke bandar diraja Pekan. Pantai Sepat kelihatan seperti curam sangat dalam kelaut.Pantai ini terkenal dikalangan penduduk tempatan sebagai tempat yang tenang dan menarik
AKTIVITI DI PANTAI SEPAT
Pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Pantai Sepat.Salah satunya adalah menunggang kuda sambil melihat keindahan alam di Pantai Sepat.
Selain itu,aktiviti yang sering dilakukan oleh pelancong ataupun penduduk tempatan ialah berkhelah , BBQ , mandi manda di Pantai Sepat.Menara didalam gambar itu adalah tempat dimana "beachboy" memerhati ataupun bersedia untuk menghadapi sebarang kemalangan di pantai tersebut.
Pantai Sepat juga mempunyai batang pokok yang sungguh unik dan dapat membuat pelancong diluar terpegun melihat keunikkan batang pokok tersebut.
MAKANAN DI PANTAI SEPAT
Salah satu gerai yang terdapat di Pantai Sepat.Ramai pelancong ataupun penduduk tempatan sering datang ke gerai tersebut kerana makanan yang disediakan sangat sedap.
Makanan di atas adalah salah satu contoh menu yang diminati oleh orang ramai yang mengunjung gerai tersebut.
Video Pantai Sepat Kuantan